TAKRIF HARTA PUSAKA KECIL
Tafsiran yang diberikan dibawah seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 600,000 pada tarikh permohonan dibuat. Tanpa terikat kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta simati orang-orang bukan Islam yang mengandungi wasiat dibawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959 bukan lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil. Ia dianggap sebagai pusaka besar dan menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun peruntukan tersebut tidak boleh dipakai bagi kematian seorang Islam kerana ianya bertentangan dengan syarat dan peraturan pewasiatan dalam Islam.
AKTA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL 1955
Akta Harta Pusaka Kecil (pembahagian)1955 (dulunya Ordinan Pembahagian Pusaka Kecil 1955) merupakan undang-undang utama yang dipakai dalam pengurusan pusaka kecil. Sejak diterima pakai sehinggalah sekarang, beberapa semakan dan pindaan telah dibuat.
Secara keseluruhannya akta ini menerangkan takrif pusaka kecil disamping menjelaskan bidang kuasa, proses kerja yang bermula dari permohonan pusaka, perbicaraan, pengeluaran perintah hinggalah proses rayuan ke mahkamah tinggi. Disamping akta, terdapat peraturan pembahagian pusaka yang menggariskan tatacara pelaksanaan dan pemakaian borang-borang dalam urusan penyelesaian pusaka kecil.
Dalam menentukan pembahagian, Hukum Faraid dipakai bagi harta pusaka orang-orang Islam, manakala Akta Pembahagian 1958 dipakai bagi kematian bukan Islam. Asas hukum Faraid adalah berdasarkan Al-Quran dan Hadith, diantaranya ayat 11,12 dan 176 dari surah An Nisa.
1 comments:
slm... bagus artikel ni.. kawe amek wat rujukan deh heh heh
Post a Comment