BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 23, 2009

PERBANKAN

CABARAN INSTITUSI SYARIAH DI DALAM BIDANG PERBANKAN ISLAM, TAKAFUL, SEKURITI ISLAM, BON DAN SISTEM KEWANGAN ISLAM YANG LAIN.

Di era globalisasi ini pelbagi cabaran timbul bagi menguji institusi syariah Negara kita.salah satu dari cabaran itu ialah cabaran dalam bidang perbankan islam, takaful, sekuriti islam, bon dan sistem kewangan islam yang lain.Cabaran ini wujud disebabkan oleh tidak ramai pengamal Syariah yang pakar dan mahir di dalam operasi perbankan , takaful, sekuriti, saham,bon dan sebagainya. Ini adalah kerana soal dalam operasi perbankan ,takaful, sekuriti, saham, bon dan sebagainya adalah memerlukan kepada ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Buat masa ini, pakar-pakar Syariah tidak mendalami bidang-bidang tersebut. Begitu juga sebaliknya pakar-pakar ekonomi , perbankan dan takaful pula tidak mendalami bidang Syariah. Walaupun begitu, kita bernasib baik kerana kedua golongan pakar yang berbeza kepakaran masih boleh bekerjasama dalam menentukan produk dan operasi perbankan Islam, takaful dan sistem kewangan Islam yang lain sesuai dan selaras dengan kehendak Syarak. Tetapi selama mana keadaan ini boleh bertahan dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.? Buat masa ini Majlis Penasihat Syariah Bank Negara dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap produk dan operasi perbankan Islam, takaful dan sistem kewangan Islam yang lain berjalan selaras dengan kehendak Hukum Syarak. Jika sekiranya terdapat perbalahan dan pertikaian antara pihak-pihak sehingga ke Mahkamah Tinggi, persoalan Syariah dan Hukum Syarak hendaklah dirujuk kepada Majlis Penasihat Syariah tersebut. 1Majlis Penasihat Syariah ini juga adalah lebih tinggi berbanding dengan Jawatankuasa Syariah bank-bank perdagangan yang lain di mana jika terdapat perbezaan keputusan antara Majlis Penasihat Syariah Bank Negara dengan Jawatankuasa Syariah bank lain, maka keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara adalah terpakai. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara ini secara umumnya berfungsi di dalam memberi fatwa berkaitan dengan perbankan dan takaful Islam, membuat pengawasan dan pengauditan. Buat masa sekarang semua kes yang berkaitan dengan bank adalah di dalam bidangkuasa Mahkamah Sivil. Maka dengan sebab itu, semua kes perbankan samada yang ada hubungkait dengan perbankan dan takaful Islam atau tidak, semuanya akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Syariah masih belum diberi kuasa untuk membicarakan kes-kes perbankan dan takaful Islam. InsyaAllah lima atau sepuluh tahun ke hadapan Mahkamah Syariah akan diberi tanggungjawab membicarakan kes-kes perbankan dan takaful Islam. Maka oleh itu cabaran ini seharusnya dihadapi dengan sewajarnya dan persiapan yang cukup oleh Hakim-Hakim Syarie Mahkamah Syariah. Mereka hendaklah mempersiapkan diri di dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya.


(1 Akta Bank Negara, pindaan 2003)..

0 comments: