Friday, September 13, 2013

AKTIVITI PERCUTIAN KAMI




Laporan Kerja disediakan oleh : Nur Azila



Gurindam jiwa berlagu mendayu
Rembulan menyinar penuh syahdu
Di alam puisi kita bersatu
Melerai hasrat yang terbuku

Tika sinaran mentari menjelma
Membawa keindahan alam semesta
Alam sunyi menjadi ceria
Pepohon layu segar semula






Ahli:


1- Laskar Kanan Maritim Amran - Ketua Pasukan
2- Puan Rosnah - Penolong ketua Pasukan/AJK Sajian @ Makanan
3- Saudari Nur Azila – Setiausaha Menyediakan Laporan / AJK Kebersihan
4 - Saudara Rohimmi  - AJK Kebajikan/ Penyelia
5- Saudari Nadia – Bendahari/ AJK Tugas-tugas Khas
6- Saudari Ermi Azuma – AJK Sosial & Persiapan tempat
7- Saudara Farhan – Jurukamera/AJK Sukan & Riadah
8- Saudara Hazwan Sadiman – AJK Agama/AJK Pandu Arah



Ketika saya menyediakan laporan ini pasukan saya sudah nyenyak dibuai mimpi di dalam khemah entah ke Syria, ke India , ke Manggolia ke lautan pasifik mahupun ke Pantai Morib yg Indah.. .saya terpaksa bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja atas arahan ketua..

Peraturan2 dalam aktiviti :

1- Tidak dibenarkan membawa makwe,pakwe,marka,gewe,mandak, sama ada lelaki mahupun perempuan. tidak dibenarkan berdua-duaan seperti kekasih
2- Berpakaian sopan dan tidak dibenarkan berpakaian serupa/beruniform serupa bagi mengelakkan kekeliruan ketika menjalankan aktiviti
3- Bagi yang membawa anak-anak, pastikan membawa makanan/jajan kepada anak2 supaya mereka tidak menangis dan menggangu aktiviti.
4- Pastikan semua barang lengkap
5-tidak dibenarkan bergaduh, bermasam muka, bertengkar, memberi komen semasa aktiviti berjalan

* Kepada sesiapa yg melanggar peraturan ini, akan dikeluarkan dari pasukan.

Saya dengan ini memohon maaf jika ada kekurangan dan laporan akan dibentangkan setelah aktiviti kita selesai,, 





~selamat malam~